Menyusuri Kehidupan Mencari Sebutir Permata Iman

KUATKAN KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH. BERSABAR DAN REDHALAH DI ATAS SEGALANYA YANG TERJADI. PERCAYA DAN YAKIN BAHAWA SEMUANYA TERSIRAT SEJUTA MAKNA DAN HIKMAH. لا تحزن إن اللة معنا

Sehinggalah pada satu malam, polis menangkap semua mereka yang terlibat. Mereka dibawa ke balai polis dan ditahan di lokap sehingga ada yang datang menjamin mereka. Seorang demi seorang dilepaskan dengan ikat jamin, tinggallah Lina seorang diri. Lina hanya menangis mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Baru kini dia sedar, kata-kata ibunya bertujuan untuk menyedarkan dirinya, bukan seperti yang dianggapnya dulu, kata-kata ibunya bertujuan untuk menyakitkan hatinya. Saat itu dia baru tersedar, teringatkan ibunya yang tua tinggal seorang diri. Dia menangis menyesali apa yang dilakukannya. “Ibu, Lina bersalah. Lina tak nak buat lagi. Lina dah menyesal. Ibu, maafkan Lina. Lina tak nak duduk sini sorang-sorang. Lina takut,” lirihnya perlahan.


Tiba-tiba, seorang pegawai polis datang membuka pintu lokap dan memintanya keluar. Gari ditangannya dilepaskan. Dia tertanya-tanya sendiri, siapa yang datang menjaminnya? Tidak lama kemudian, dia sangat terkejut. Rupa-rupanya, ibunya sendiri yang datang menjaminnya. Dia terus meluru pada ibunya sambil memohon ampun dari ibunya. Tangan ibunya diraih dan dikucup berulang kali. Ibunya juga turut menangis, melihatkan keadaan anaknya yang berada dalam keadaan tidak terurus. Anak gadisnya dipeluk seerat-eratnya. Biar sebesar manapun kesalahan anaknya, Lina tetap anaknya. Takkan sekali-kali beliau membenci anaknya biarpun anaknya telah membuat onar. Beliau sanggup meminjam wang dari saudaranya bertujuan untuk menjamin Lina.


Mak Lijah mengucapkan syukur kerana anaknya telah pun menyesal dan berubah menjadi yang anak yang baik. Lina tidak lagi bergaul dengan kawan-kawan yang dahulu, tetapi Lina kini mula berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Dia mula mengenali usrah dan menghadiri ceramah agama bersama kawan-kawannya. Kini, dia begitu bahagia dan tenang dalam menghadapi kehidupan. Hidupnya kini dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Solat malam, puasa sunat, dan al-Quran menjadi peneman setia hidupnya kini. Mak Lijah menangis tanda syukur pada Allah yang telah mendengar doa dan memakbulkannya. Moga-moga, Lina tidak akan mengulangi perbuatan yang dulu dan terus istiqamah di jalan yang dipilihnya, jalan yang lurus.

 MUNAJAT SEORANG HAMBA

Di kala kesepian ini
Muhasabah ku sendiri
Memikirkan kejadian Maha Pencipta
Merenungi kekurangan diri
Menginsafi kejadian diri
Tak terhitung segala dosaku
Sesungguhnya,
Betapa lemahnya diri ku ini
HambaNya yang penuh dengan kelemahan
Yang sentiasa bergelumang dengan dosa
Betapa aku hanyalah insan yang penuh dengan kedaifan

Di kala kesepian ini
Muhasabah ku lagi
Mampukah aku untuk menjadi seorang mujahidah solehah
Yang tetap kukuh imannya mempertahankan Islam
Yang tidak pernah kenal erti putus asa
Yang membantu dalam memperjuangkan Islam
Ah, betapa kerdilnya diri ku ini
Tiada jawapan yang dapat ku berikan
Betapa jauhnya aku berbanding mujahidah Palestin
Yang sanggup mengorbankan segalanya demi kegemilangan Islam

Di kala kesepian ini
Aku bermuhasabah sendiri
Mampukah aku untuk menjadi sayap kiri perjuangan sang suami
Mampukah aku untuk mendidik anak-anakku
Mampukah aku untuk membahagiakan suamiku
Mampukah aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah
Yang taat dalam memenuhi perintah suaminya
Mampukah aku menghadapi semua itu?
Terdiam ku seketika
Puas sudah aku memikirkan jawapannya
Namun,
Tiada jawapan yang dapat ku katakan
Betapa aku begitu lemah disisi-Nya

Padamu Ya Allah
Jadikanlah aku insan yang mampu berbakti pada insan lain
Jadikanlah aku thabat dalam perjuangan
Jadikanlah aku insan yang tidak kenal erti penat lelah
Jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan
Dan masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit
Yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar
Demi mengejar keredhaan-Mu
Mengecap kemanisan bermujahadah.
Menjadikan syahid sebagai cita-cita tertinggi
Dan syahid kerana memperjuangkan Islam
Agar Islam dapat diperjuangkan kembali
Islam dapat ditegakkan di muka bumi ini
Mengulangi kembali sejarah kegemilangan Islam pada masa dahulu
Menjadikan sejarah perjuangan Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, dan Saidatina Fatimah sebagai ikutan sepanjang zaman
Mengangkat kembali martabat Islam
Mengangkat kembali maruah Islam yang diinjak-injak
Dan pada saat itu
Islam pasti beroleh kemenangan!

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud, jika kita bergaul dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak bau minyak wangi akan terpalit. Sahabat adalah cermin pada diri kita. Andai baik sahabat yang dipilih, baiklah jua diri kita. Andai sahabat yang dipilih tidak baik, maka kita turut juga terpengaruh dengan kelakuan sahabat yang tidak baik. Maka, berhati-hatilah dalam memilih sahabat, kerana sahabat bakal mempengaruhi sikap dan kelakuan kita.

0 comments:

Post a Comment