Menyusuri Kehidupan Mencari Sebutir Permata Iman

KUATKAN KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH. BERSABAR DAN REDHALAH DI ATAS SEGALANYA YANG TERJADI. PERCAYA DAN YAKIN BAHAWA SEMUANYA TERSIRAT SEJUTA MAKNA DAN HIKMAH. لا تحزن إن اللة معنا


“Mak, Lina nak duit! Mak bagi ke tak, Lina nak jugak, “ jerit Lina pada ibunya yang ketika itu baru sahaja selesai solat Maghrib. “Lina, mak tak ada duit nak bagi, Semalam kan mak dah bagi,”ucap ibunya perlahan. “Mak, Lina cakap nak duit jugak!’’, jerit Lina lagi. “Lina, duit yang mak ada tu cukup-cukup untuk kita. Mak tak ada duit lagi untuk tampung belanja kita”, lirih ibunya perlahan. Air matanya mula mengalir deras, Begitu sedih melihat kelakuan anak kesayangannya. “Lina tak peduli, Lina nak jugak!”, dia menjerit lagi sambil terus menuju bilik ibunya. Lina menyelongkar almari ibunya tanpa sempat dihalang Mak Lijah. Habis semua almari pakaian ibunya diselongkar. Lina akhirnya menemui sejumlah wang yang banyak dan terus keluar tanpa memandang ibunya. “Lina, bagi balik mak duit tu. Duit tu mak punya!”, ibunya menjerit ,memandang Lina yang sudah pun menuju ke arah bandar dengan menaiki motor bersama kawannya.

Berlinang air mata Mak Lijah dengan kelakuan degil anaknya. Lina kini benar-benar telah berubah. Tidak seperti dulu, semasa suaminya masih hidup, Lina seorang anak yang patuh dan taat. Mak Lijah tidak tahu entah bagaimana anaknya telah berubah. Seolah-olah anak itu telah menjadi orang lain.. Mak Lijah sedar, anaknya terlalu bersedih dengan kematian Pak Akob. Mungkin inilah jalan yang dipilih bagi menghiburkan hatinya yang lara. Tetapi, bukan ini jalan yang sebenarnya. Lina masih boleh berubah kembali ke pangkal jalan. Hati tuanya terlalu risau dengan keselamatan anak gadisnya. Beliau hanya mampu berdoa pada Allah mohon diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan dan cabaran ini. Hatinya berbisik, Allah tetap bersama dengan hamba-hambaNya yang bersabar. Mungkin juga, ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Di bandar, Lina begitu seronok bertemu kawan-kawannya. Sedikit pun dia tidak kasihan pada ibunya yang terlalu kasihkannya. Hidup Lina kini berubah seratus-peratus. Jika dahulu, Lina tidak pandai bergaul dengan kawan yang sebegitu, tetapi kini Lina telah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Bagaikan dunia ini mereka yang punya. Mereka langsung tidak mempedulikan orang ramai yang benci melihat keadaan mereka. Bagi mereka, apa sahaja yang ingin dilakukan, tiada siapa yang dapat menghalang. Jika dihalang, mereka akan melawan. Tiada siapa yang mampu untuk menegur dan menghalang perbuatan mereka. Mereka bukan sahaja membuat bising, malahan turut menganggu orang ramai yang lalu lalang.

Bersambung kemudian..

0 comments:

Post a Comment