Menyusuri Kehidupan Mencari Sebutir Permata Iman

KUATKAN KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH. BERSABAR DAN REDHALAH DI ATAS SEGALANYA YANG TERJADI. PERCAYA DAN YAKIN BAHAWA SEMUANYA TERSIRAT SEJUTA MAKNA DAN HIKMAH. لا تحزن إن اللة معنا



Selamat hari lahir diucapkan untuk abah tersayang, A Rahman bin Abd Hamid serta adik kesayangan, Nurul Izzah A Rahman yang sama-sama menyambutnya pada hari ini. Moga kalian terus tabah dan cekal dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran hidup. Untuk mu adik tersayang, moga kau terus tabah dalam perjuangan mendapatkan ilmu. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Untuk abah yang dikasihi, moga terus kuat demi mencari keredhaan Ilahi. Syukur pada Mu Ya Allah kerana mengurniakan seorang abah yang hebat sepertimu.



Salam imtihan buat semua sahabat pengunjung. Berusaha sebaik mungkin untuk kejayaan gemilang dan cemerlang. Tetapkan hati, kuatkan semangat, tingkatkan usaha dalam perjuangan ini. Moga-moga, kejayaan yang dicipta menambahkan lagi ketaatan dan keimanan kepada Allah SWT. Bittaufiq wan najah. Salam imtihan.

Untuk ummi dan abah, doakan kejayaan ku dalam menempuh perjuangan ini. Insya Allah, berkat doa dan u
saha, kejayaan pasti dalam genggaman. Maafkan diriku atas setiap salah dan silap sama ada yang disedari atau pun tidak. Sesungguhnya, aku adalah insan yang penuh dengan kekurangan.

Untuk semua sahabat pengunjung, ku memohon sejuta kemaafan atas setiap salah dan silap yang disedari ataupun tidak. Kadang-kala, kata-kataku bisa mengguris hati dan perasaan sahabat. Oleh itu, sejuta kemaafan ku pohon dari semua sahabat. Maafkan ku atas ketidaksempurnaan diri ini.



Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa semua sahabatku yang tercinta membuat kejutaan. Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan untuk Adilla, Fatimah, Rohana, Asma', Zaida, Akma, dan Fizah kerana sudi menyambut majlis kelahiranku. Terima kasih untuk sahabat sebilik yang tersayang yang menjadi peneraju utama dalam merancang membuat sambutan hari lahir ku. Dia sanggup membeli sebiji kek coklat untuk ku di samping merancang sesuatu yang istimewa. Semuanya memainkan peranan penting. Melakonkan lakonan dengan baik. Tahniah diucapkan kepada Rohana kerana berjaya menjadi pelakon utama. Untuk semua sahabatku, kalian memang hebat. Merancang majlis ini dengan rapi dan teratur sekali. Cuma, hatiku dapat mengagak sedikit bahawa sesuatu akan berlaku apabila ku lihat sahabat-sahabat sedikit demi sedikit menziarahi bilik. Dimulai dengan Rohana, Adilla, Fizah, Akma, Zaida, dan Asma'. Gerak hati mengatakan bahawa mereka akan membuat sesuatu tetapi aku tidak mahu terlalu mengharap. Sehingga tiba pada waktunya, mereka benar-benar membuat kejutan. Perasaan sedih, gembira, dan terharu bercampur-baur kerana tidak menyangka sama sekali tentang sambutan ini. Sedih juga diri ini tatkala mengingatkan ummi dan abah di kampung. Tidak seperti tahun lepas, tahun ini aku tidak dapat menyambut nya dengan keluarga tercinta. Walau bagaimanapun, aku cekalkan hati dan menguatkan semangatku. Aku mesti meneruskan perjuangan menuntut ilmu demi menegakkan Islam kembali. Buat semua sahabatku, aku menghargai atas setiap yang kalian lakukan. Hanya Allah yang dapat membalas atas setiap yang dilakukan.



Selepas itu, majlis pun dimulai dengan bacaan doa kesyukuran dan sesi bergambar. Sesungguhnya, setiap yang berlaku merupakan kenangan manis dan terindah buatku. Moga-moga persahabatan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. Mengejar impian bersama dalam meniti
kehidupan yang mencabar. Jangan ada persengketaan di antara kita. Insya Allah. Amin. Moga dimakbulkan Allah. Sejurus itu, aku memberikan ucapan terima kasih dan terharu serta turut menyatakan tentang gerak hati yang dapat menangkap sedikit akan sambutan ini. Kemudian, bermulalah sesi makan kek.

Terima kasih ku ucapkan untuk sahabat tercinta, Asma' kerana sanggup bersusah-payah menyediakan hadiah u
ntuk ku. Aku benar-benar terharu atas hadiah yang diberikan. Buat sahabatku yang lain, cukuplah sekadar ucapan dan sambutan yang diadakan kerana aku tidak mengharap pada hadiah. Bagiku, ianya cukup bermakna sekali. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menyambut ulang tahun kelahiranku. Kehadiran kalian dapat memaknakan majlis yang diadakan.



Untuk semua sahabatku, terima kasih tidak terhingga ku ucapkan.





Assalamualaikum buat semua pengunjung. Pada 3 Oktober, maka bertambahlah usiaku. Semakin dekat waktu kematian untuk menemui Allah. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan mentaati perintah Allah SWT. Untuk Ummi yang tersayang, terima kasih kerana melahirkan ku. Tanpa Ummi dan Abah, aku tidak akan dapat mengenal dunia ini.



Buat sahabat yang mengucapkan kepadaku, terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan. Tanpa mu sahabat, hidupku tidak akan lengkap dan bermakna. Moga-moga ukhuwah antara kita kekal hingga ke akhir hayat. Insya Allah.



Assalamualaikum buat semua para pengunjung. Ketika mana saya hampir melupai tentang video ini, hati tergerak untuk membuka kembali. Video ini memaparkan tentang betapa agung-Nya kuasa Allah SWT. Mencipta dan Mentadbir seluruh alam. Mengingatkan manusia tentang peranan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Membuatkan saya menginsafi kejadian diri. Lantas, saya berasa terpanggil untuk berkongsi bersama pengunjung. Agar kita sama-sama dapat merenungi segala kekurangan diri ini. Mengejar cinta-Nya dalam mencari keredhaan Ilahi. Mengakui keagungan Maha Pencipta. Sesungguhnya, kita adalah hamba yang lemah. Moga-moga kita tergolong dalam hamba-Nya yang bersyukur. Insya Allah.