Menyusuri Kehidupan Mencari Sebutir Permata Iman

KUATKAN KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH. BERSABAR DAN REDHALAH DI ATAS SEGALANYA YANG TERJADI. PERCAYA DAN YAKIN BAHAWA SEMUANYA TERSIRAT SEJUTA MAKNA DAN HIKMAH. لا تحزن إن اللة معنا

Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa semua sahabatku yang tercinta membuat kejutaan. Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan untuk Adilla, Fatimah, Rohana, Asma', Zaida, Akma, dan Fizah kerana sudi menyambut majlis kelahiranku. Terima kasih untuk sahabat sebilik yang tersayang yang menjadi peneraju utama dalam merancang membuat sambutan hari lahir ku. Dia sanggup membeli sebiji kek coklat untuk ku di samping merancang sesuatu yang istimewa. Semuanya memainkan peranan penting. Melakonkan lakonan dengan baik. Tahniah diucapkan kepada Rohana kerana berjaya menjadi pelakon utama. Untuk semua sahabatku, kalian memang hebat. Merancang majlis ini dengan rapi dan teratur sekali. Cuma, hatiku dapat mengagak sedikit bahawa sesuatu akan berlaku apabila ku lihat sahabat-sahabat sedikit demi sedikit menziarahi bilik. Dimulai dengan Rohana, Adilla, Fizah, Akma, Zaida, dan Asma'. Gerak hati mengatakan bahawa mereka akan membuat sesuatu tetapi aku tidak mahu terlalu mengharap. Sehingga tiba pada waktunya, mereka benar-benar membuat kejutan. Perasaan sedih, gembira, dan terharu bercampur-baur kerana tidak menyangka sama sekali tentang sambutan ini. Sedih juga diri ini tatkala mengingatkan ummi dan abah di kampung. Tidak seperti tahun lepas, tahun ini aku tidak dapat menyambut nya dengan keluarga tercinta. Walau bagaimanapun, aku cekalkan hati dan menguatkan semangatku. Aku mesti meneruskan perjuangan menuntut ilmu demi menegakkan Islam kembali. Buat semua sahabatku, aku menghargai atas setiap yang kalian lakukan. Hanya Allah yang dapat membalas atas setiap yang dilakukan.



Selepas itu, majlis pun dimulai dengan bacaan doa kesyukuran dan sesi bergambar. Sesungguhnya, setiap yang berlaku merupakan kenangan manis dan terindah buatku. Moga-moga persahabatan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. Mengejar impian bersama dalam meniti
kehidupan yang mencabar. Jangan ada persengketaan di antara kita. Insya Allah. Amin. Moga dimakbulkan Allah. Sejurus itu, aku memberikan ucapan terima kasih dan terharu serta turut menyatakan tentang gerak hati yang dapat menangkap sedikit akan sambutan ini. Kemudian, bermulalah sesi makan kek.

Terima kasih ku ucapkan untuk sahabat tercinta, Asma' kerana sanggup bersusah-payah menyediakan hadiah u
ntuk ku. Aku benar-benar terharu atas hadiah yang diberikan. Buat sahabatku yang lain, cukuplah sekadar ucapan dan sambutan yang diadakan kerana aku tidak mengharap pada hadiah. Bagiku, ianya cukup bermakna sekali. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menyambut ulang tahun kelahiranku. Kehadiran kalian dapat memaknakan majlis yang diadakan.



Untuk semua sahabatku, terima kasih tidak terhingga ku ucapkan.

6 comments:

assalamualaikum khairiah..terharu ana membaca luahan hatimu..mm,okey x semalam ana berlakon,hehe..di sini, ana ingin memohon kemaafan sekiranya diri ini pernah membuat dirimu berkecil hati,ku mohon seribu kemaafan dan ana berharap persahabatan yang terbina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..doaku agar dirimu dikurniakan seorang kekasih yang turut sama mencintai sang pencipta iaitu Allah S.W.T..teruskan perjuangan wahai sahabatku...

waalaikumussalam rohana..lakonan ana memang ok..boleh jadi pelakuon terbaik..mantap..hehe..ana, ku juga pohon kemaafan atas setiap salah dan silap yang disedari dan tidak.. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas untuk melakukan kesalahan..Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraanku..Untuk ana dan sahabat lain, semoga dirimu turut dikurniakan seorang pendamping hidup yang baik dan bertakwa. Mencintaimu kerana Allah SWT..Insya Allah..

salam...erm semua berjaya melakonkan watak dengan baik yer...hehe...tahniah dan syabas saya ucpkan...kepada kery, sayangilah roomate anda ea...hehe

Salam ima..tahniah diucapkan..semuanya berjaya menjadi pelakon terbaik..untuk ima, aku akan menyayangimu..semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat..

sedapnya kek tu..sempat g tak wish selamat hari lahir dan moga rahmat Allah menyusuri perjalanan hidup kita

Sempat lagi wish selamat hari lahir..thanks 4 the wish..moga rahmat Allah sentiasa melimpah hidup kita..Insya Allah..

Post a Comment